Monday, September 26, 2011

Peringatan Untuk Semua Rakyat Malaysia


Amat tersentuh apabila membaca ruangan akhbar hari ini. Sesungguhnya Umat Islam di Malaysia ini mudah lupa, dan tamak apabila inginkan sesuatu. Sehinggakan sanggup menggadaikan agama dan maruah bangsa hanya untuk kepentingan politik. Mari kita lihat kembali kronologi isu-isu terbaru yang terjadi di Malaysia ini yang berkaitan dengan isu-isu sensitif yang pada asasnya tidak perlu dipersoalkan:

1) Penggunaan kalimah "Allah" untuk artikel bulanan gereja di Malaysia. (PAS kata tak apa)

2)Komunis merupakan "hero" sebenar dalam memperjuangkan kemerdekaan. ( Timbalan Presiden PAS yang cakap sendiri)

3) Ingin menukar ganti Jalur Gemilang jika satu hari nanti Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Pusat.

4) Kes yang terbaru, berkenaan Hudud. Pas Kelantan begitu tegas dengan pendirian untuk menguatkuasakan Hudud dalam mahkamah Syariah. Tetapi Kerajaan PAS Kedah lain pula ceritanya. Takut dan bacul untuk diguna pakai di Kedah. Sebab apa? Big Boss DAP dah bising dan ugut akan letak jawatan dalam PR sekiranya Hudud dilaksanakan. Siapa yang Big Boss skrg ni? Hmm..


Sekarang ni kita semua sudah nampak dan jelas bahawa DAP dah mula tunjuk kan taring mereka. Kita semua dah sedia maklum, DAP dengan PAS TIDAK BOLEH bersatu dalam apa jua pakatan, kerana membawa 2 ideologi yang berbeza. Sekarang rakyat sudah boleh nampak, selama ini PR telah menggunakan PAS hanya untuk kepentingan politik Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Tiada lagi keikhlasan dalam membela dan memperjuangkan hak rakyat diantara MP dan ADUN PR, kerana mereka hanya gilakan kuasa. Dan yang paling sedihnya agama Islam telah dipergunakan untuk kepentingan politik. Subhanallah.

Renung-renungkanlah.
Salam.